Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah
satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu
amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya. Sabda Baginda yang bermaksud: Perkahwinan itu
sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari
kalanganku.(Riwayat Bukhari) Hari ini
sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit
dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang
beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang
yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari
kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan
panduan hidup ini. Insya Allah.
Pada suatu
hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku
dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas
dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh
lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan
yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu
berkahwin. Setelah sekian lama
berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya,
Ya
Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang
harus aku lakukan wahai Rasulullah?.
Kahwin
lagi,jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki
tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya
kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu
berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu
datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : Wahai Rasulullah,
isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya
Rasulullah...?keluh lelaki itu.
Kahwin
lagi,jawab Rasulullah singkat.
Hati lelaki
itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau
berkahwin buat kali ketiga. Namun
setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu
untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan
berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. Wahai
Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku
tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? , adu lelaki itu.
Berkahwinlah
lagi,kata Rasulullah.
Akhirnya si
lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri
keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan
kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga
madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan.
Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga
lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: Carilah rezeki dengan menikah(Riwayat Ibnu
Abbas)
Firman Allah
SWT yang bermaksud: Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu,
dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki
dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan
mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha
Mengetahui. (Surah an-Nur : 32)
Dengan
mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita
ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala
gejala-gejala sosial dapat dihindarkan. Dilema Suami dalam Memartabatkan
Institusi Kekeluargaan Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan
harapan setiap insan. Kemesraan dan kesefahaman antara suami isteri, membuahkan
kerinduan yang mendalam. Jika kebahagiaan itu diganggu dengan duri-duri
kehidupan yang menggores jiwa dan perasaan, secara perlahan kemesraan
rumahtangga tersebut menjadi terhakis. Untuk menetapkan kebahagiaan rumahtangga
dari hakisan, hindarilah sesuatu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan keraguan
dalam jiwa. Untuk itu pihak Darul Nu'man tertarik untuk menyampaikan mesej ini
sebagai renungan ummah. Kemusykilan yang kami paparkan ini merupakan pertanyaan
yang dilontarkan kepada pihak kami dalam internet. Kemudian panel kami
menjawabnya dengan menggunakan pendekatan agama dan psikologi. Dari jawapan itu
kami merasa tertarik untuk menyampaikan perkara ini kepada kita semua.
Soalan: Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu
fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah
mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui
perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka
lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya
apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki
tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya
dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan
sakit tapi dalam keadaan normal.
Apakah hukumnya
jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita
boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun
bidan? Daripada, Keluarga Muslim K. L.
Jawapan Penjelasan: Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria
yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya.
Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah
bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa
ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita,
oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan
perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin
dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak. Syariat Darurat Secara syariat, wanita muslimah hendaklah
menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini
terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita
yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa
yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah
namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang
normal. Wanita mengandung ketika
mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam
keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit.
Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang
doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut.
Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan
lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada
dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir
hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan
melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh
membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar
mengelakkan dari mati. Pemeriksaan Bulanan
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam
keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari
doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang
ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun
kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita.
Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan
kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita
yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah
istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki
bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan
melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai
pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana
wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin
selamat melahirkan anaknya. Aspek Psikologi
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang
dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang
jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang
wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu
getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran
inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain
suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis
rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan
sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda
dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki
mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan
terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali
dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran
di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat. Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti
setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah
perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan
suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya
mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja. Menggerakkan
Nafsu Syahwat Saya ingin membawa contoh
yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang
lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada
bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti
dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia
betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain
difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan
doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi
tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Keretakan Rumahtangga
Fahamilah
tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan
muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan
akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh
umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi
rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama
dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan
bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.
Tag :
Hikmah
0 Komentar untuk "Nikah dan Kayalah "